Seorang pengurus hartanah syarikat minyak dan gas bersama isterinya didakwa di Mahkamah Sesyen Shah Alam, pada Isnin atas 18 pertuduhan menerima rasuah dan melakukan pengubahan wang haram berjumlah RM1.17juta.<br />Len Chia Whey, 37 tahun, dan isterinya, Tong Karen, 36 tahun, bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas kesemua pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Rozilah Salleh.
